Monday 3 December 2012

Remaja

Remaja adalah manusia yang berada pada tahap yang memuncak. Jiwa mereka bergelora. Hati mereka sentiasa penuh dengan perasaan ingin tahu. Zaman mellinium merupakan zaman yang serba moden iaitu zaman yang penuh dengan kecanggihan. Jika dulu handphone biasa tapi sekarang iphone. Jika dulu berjalan kaki, sekarang naik kereta. Kalau kereta rosak pula boleh beli baru. Bak kata orang dahulu kala yang patah tumbuh,yang hilang berganti. Itulah yang boleh diperlihat betapa modennya remaja zaman mellinium sekarang. Remaja umpama sejenis akar yang mencengkam tanah yang mengukuhkan pokok serta meyerap pelbagai jenis nutrienzat dan air. Justeru, harus diingat remajalah tonggak masa depan negara dimana jikalau tiada mereka, negara pasti mundur.
 Remaja adalah satu peringkat umur yang berada di tengah2 fasa hidup iaitu kanak2, Remaja, dan tua. Jadi gunakanlah masa masa ini dengan sebaik mungkin dengan melakukan pelbagai kebaikkan yang memberikan impak pada diri sendiri malah orang lain. Masa2 remaja biasanya diisi dengan perkara2 yang tak berfaedah seumpama tiada makna masa bagi mereka. Lepak, Lumba motor, berjalan tanpa tujuan dan sebagainya itulah remaja sekarang. Tolonglah sedar wahai sekalian remaja diluar sana yang banyak membuang masa dengan aktiviti yang tak berfaedah insaflah kerana masa ibarat emas yang mahalnya tiada tandingan.

No comments:

Post a Comment